Menu
Panglima_Medan_Tentera_Darat Sejarah dan prospekMarkas (singkatan MK) ini telah dibentuk dari Markas Selatan di Berek Erskine berdekatan Fugglestone pada tahun 1968 dan pada awalnya dipanggil Markas Strategik Tentera Darat (Army Strategic Command). Pada tahun 1972 ia dinamakan Angkatan Darat UK (UK Land Forces) dan pada tahun 1995 ia telah dinamakan semula Markas Pemerintahan Darat.
Markas Pemerintahan Darat mengambil alih hampir kesemua pasukan tempur dan pasukan bantuan tempur Tentera Darat British pada 1 April 1995. Tiga pengecualian utama ialah formasi Tentera British Cyprus, Kepulauan Falkland, dan MK Ireland Utara. Untuk formasi yang akhir, Panglimanya melapor kepada Setiausaha Negara bagi Ireland Utara untuk operasi membantu kuasa sivil. Markas Ireland Utara telah dikecilkan kepada Briged Ke-38 (Ireland) pada 1 Januari 2009.
Pada 1 April 2008 Markas Pemerintahan Darat digabungkan dengan Markas Adjutan Jeneral dibawah 'Projek Hyperion' dan menjadi Markas Angkatan Darat. Ia berpindah dari Berek Erskine ke tapak RAF Andover yang kini dikenali sebagai Garis Marlborough pada 23 Jun 2010.
Panglima Tertinggi Markas Pemerintahan Medan (Commander-in-Chief Land Forces atau singkatan CINCLAND) juga menjadi Panglima Tetap Bersama UK (Standing Joint Commander atau SJC UK), bertanggungjawab penuh bagi aktiviti tindakan cepat nasional untuk Kementerian Pertahanan (MOD) didalam United Kingdom (kecuali Ireland Utara).
Dibawah satu penyusunan besar semula formasi tentera darat yang berkuatkuasa 1 November 2011, Ketua Turus Am mengambil alih terus Tentera Darat menerusi sebuah struktur baru, berpusat di Andover dan dikenali sebagai "Markas Tentera Darat". Jawatan Panglima Tertinggi dan Panglima Tentera Darat Medan tidak lagi wujud.
Selepas Kajian Pertahanan Strategik dan Keselamatan tahun 2010, pihak kerajaan mengumumkan perubahan penting bagi struktur formasi dibawah Markas Medan yang akan dilaksanakan dari sekarang sehingga tahun 2020:
Ia telah dikemaskini dalam rancangan masa depan yang dikenali sebagai Tentera Darat 2020.
Menu
Panglima_Medan_Tentera_Darat Sejarah dan prospekBerkaitan
Panglima tertinggi Panglima Setia Mahkota Panglima Gagah Berani Panglima Angkatan Tentera Panglima Mangku Negara Panglima Bukit Gantang Panglima Negara Bintang Sarawak Panglima Tentera Laut Panglima Tentera Udara Pangling hitamRujukan
WikiPedia: Panglima_Medan_Tentera_Darat http://www.army.mod.uk/documents/general/Army_comm...